Translation Department


Penterjemahan selaku interaksi budaya dan bahasa yang terpenting memainkan peranan yang mustahil dapat diabaikan dalam masyarakat majmuk negara kita selama-lamanya.

Di sini, penerbitan kami sejak tahun 2009 tidak terhad tetapi termasuk Empat Karya Klasik China, novel-novel, cerpen-cerpen, buku-buku bergambar, teks pentadbiran, ekonomi, sosial sains, kebudayaan dan pendidikan khususnya dari Bahasa Cina ke Bahasa Melayu, dan sebaliknya, kadang-kala Bahasa Inggeris.

Kesusasteraan itu sejagat, begitu juga dengan penterjemahan. Tugas kami sebagai penerbit, adalah untuk memastikan kesejagatan suci murni ini dapat dipelihara dan dilanjutkan tanpa tercemar kepada generasi muda dan anak-anak, cucu-cicit mereka.